Jenis motosikal sport Motosikal_sport

Motosikal sport peringkat permulaan Suzuki GS500E.

Peringkat permulaan

Motosikal sport peringkat permulaan dibina bagi memperkenalkan penunggang dengan reka bentuk sport. Ia berharga murah, ringan dan tahan lama. Fairing juga hanya dipasang sedikit ataupun lngsung tiada bag mengurangkan kos pengeluaran. Walaupun mampu mencapai lebih kuasa, namun enjin motosikal ini ditala lebih rendah bagi tujuan ketahanan enjin. Motosikal tersebut juga sesuai untuk semua penunggang tanpa mengira berat dan ketinggian.

Contoh termasuklah Suzuki GS500,Kawasaki Ninja 500R/250R dan Naza N5 .

Naza N5 250 keluaran Malaysia

Motosikal sport kecil

Motosikal sport kecil lazimnya mempunyai saiz enjin antara 50 cc hingga 400 cc serta boleh didapati dalam pilihan enjin 2 lejang ataupun 4 lejang, tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan bagi memenuhi tuntutan peraturan emisi. Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.tetapi enjinnya bekerja lebih lasak lagi berbanding motosikal berkuasa besar.

Contoh termasuklah Aprilia RS250,Honda CBR150R dan Naza N5.

Motosikal super sport Honda CBR600RR.

Super sport

Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 600 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).

Contoh termasuklah Honda CBR600RR, Kawasaki Ninja ZX-6R dan Triumph Daytona 675.

Superbike Ducati 1098 S Tricolore.

Superbike

Motosikal superbike adalah motosikal sport bersesaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Perwatakannya adalah sama seperti motosikal super sport tetapi dengan enjin yang lebih besar dan mampu menghasilkan lebih kurang 170 bhp (127 kW). Superbike 1000 cc juga digelar sebagai motosikal liter memandangkan sesaran enjinnya lebih kurang seliter.

Contoh termasuklah Ducati 1098, Honda CBR1000RR, dan Yamaha YZF-R1.

Motosikal hyper sport Suzuki GSX1300R Hayabusa.

Hyper sport

Motosikal hyper sport adalah motosikal sport bersesaran sangat besar dengan tumpuan utama terhadap kelajuan maksimum dan pecutan. Ia digerakkan oleh enjin bersesaran antara 1100 cc hingga 1400 cc. Motosikal hyper sport adalah lebih besar serta lebih berat daripada superbike dengan berat basah menghampiri 227 kg. Pertambahan berat ini berkompromi dengan keupayaan di atas litar lumba untuk memberi tumpuan terhadap kestabilan pada kelajuan sangat tinggi sehingga melebihi 290 km/j. Perkompromian ini membolehkan pengeluar mereka bentuk ergonomik penunggang yang lebih baik.

Contoh termasuklah Honda CBR1100XX, Kawasaki Ninja ZX-14, BMW K1200S dan Suzuki GSX1300R Hayabusa.

Motosikal sport touring BMW K1200GT.

Sport touring

Rencana utama: Sport touring

Motosikal sport touring direka untuk perjalanan jarak jauh. Ia menampilkan lebih banyak ciri-ciri keselesaan daripada kebanyakan motosikal sport. Motosikal sport touring selalunya lebih berat, kurang berkuasa serta kurang tertumpu ke arah prestasi daripada motosikal super sport, tetapi mampu menyimpan banyak barangan, mempunyai ergonomik penunggang lebih selesa serta lebih praktikal. Bergantung kepada jumlah tumpuan yang diberikan terhadap ciri-ciri kembara, saiz enjin motosikal sport touring melingkungi saiz enjin super sport sehinggalah ke hyper sport, tetapi ditala lebih rendah bagi keselesaa perjalanan jarak jauh.

Contoh termasuklah Honda VFR800, Triumph Sprint ST, and Yamaha FJR1300.